fbpx
Categories
Agriculture

Apakah kelebihan sistem fertigasi?

Sistem fertigasi adalah kaedah pemberian baja kepada tumbuhan melalui sistem pengairan (ataupun sistem irigasi).

Sistem fertigasi adalah kaedah pemberian baja kepada tumbuhan melalui sistem pengairan (ataupun sistem irigasi). Baja yang digunakan biasanya dalam bentuk larutan dan diberikan kepada zon akar tumbuhan.
 
Kalau dibanding dengan kaedah tradisional di mana pekebun menabur baja butiran pada setiap satu pokok, semestinya kos sistem fertigasi jauh lebih mahal. Akan tetapi, sistem fertigasi mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kaedah tradisional.
 
Kelebihan-kelebihan sistem fertigasi adalah:
 
1. Penjimatan masa dan tenaga
Baja kalau ditabur pokok ke pokok oleh manusia ambil masa yang amat panjang dan guna banyak tenaga. Dengan sistem fertigasi, baja dihantar ke semua pokok dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlukan tenaga kerja. 
 
2. Pemberian air dan baja secara sistematik, tepat dan terkawal
Disebabkan masa dan tenaga yang diperlukan, pembajaan kaedah tradisional agak susah nak dilakukan setiap hari. Pekebun yang menggunakan sistem fertigasi boleh menyiram baja berkali-kali dalam satu hari. Kuantiti baja yang diberi untuk setiap sesi boleh dikawal supaya senang diserap oleh pokok.
 
3. Penjimatan air dan baja
Kita ambil kebun durian sebagai contoh: Pokok-pokok durian biasanya diberi baja sebulan sekali. Kuantiti baja yang diberikan haruslah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi untuk satu bulan. Tetapi apabila hujan turun, baja-baja yang ditabur akan dibawa air hujan. Ini mengakibatkan pembaziran baja dan tumbesaran pokok akan terjejas.
 
4. Kadar tumbesaran yang lebih cepat, hasil yang lebih tinggi dan buah yang lebih berkualiti.
Ini adalah kelebihan yang paling penting: setiap pokok akan dapat nutrisi yang diperlukan. Oleh sebab baja hanya disiram pada waktu yang diperlukan, risiko air baja dibawa oleh air hujan amat rendah.
 
Kesimpulan
Sistem fertigasi boleh mengurangkan kos operasi di samping itu meningkatkan hasil. Dua-dua faktor ini akan membawa kepada keuntungan yang lebih tinggi untuk pekebun.
Walaupun kos pemasangannya lebih tinggi tetapi itu adalah kos satu kali sahaja. Walaupun cara tradisional tiada kos pemasangan, tetapi kos operasi yang tinggi dan hasil yang kurang itu adalah kesan setiap musim.